BERITA SEMASA

Harimau belang mati digilis lori di Gerik

GERIK – Seekor harimau belang mati dalam keadaan putus kepala dan sebahagian badannya hancur selepas digilis lori di Kilometer 67.1, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik, pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 5.30 pagi berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Titiwangsa arah Gerik ke Jeli.

Insiden menyebabkan bahagian badan harimau tersebut mengalami kecederaan parah akibat dilanggar oleh kenderaan berat tersebut.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu sekitar pukul 9 pagi dan segera menggerakkan pasukan ke lokasi kejadian bagi siasatan lanjut.

“Kami amat dukacita dengan kejadian itu. Harimau belang adalah spesies yang dilindungi dan insiden seperti itu menekankan kepentingan langkah-langkah keselamatan bagi hidupan liar, terutama di kawasan yang sering dilalui haiwan,” katanya memetik laporan Sinar_My

Tambah beliau, PERHILITAN sentiasa berusaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemandu serta pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati, khususnya di kawasan-kawasan yang sering menjadi laluan hidupan liar.

Pihak berkuasa kini sedang mengkaji kemungkinan memasang papan tanda atau langkah-langkah tambahan di lokasi berisiko bagi mengurangkan risiko kemalangan yang melibatkan hidupan liar.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button