Berita Semasa

Malaysia diiktiraf rakan kongsi BRICS

CYBERJAYA – Malaysia diiktiraf sebagai salah satu daripada 13 negara rakan kongsi blok ekonomi BRICS.

Pengumuman itu dibuat menerusi kemaskini akaun BRICS di platform X, hari ini.

Selain Malaysia, 12 negara lain yang turut disertakan ialah Algeria, Belarus, Bolivia, Cuba, Indonesia, Kazakhstan, Nigeria, Thailand, Turki, Uganda, Uzbekistan dan Vietnam.

Pada 18 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan hasrat Malaysia untuk menyertai BRICS semasa perbincangan dengan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.

Selanjutnya pada 28 Julai, Anwar mengesahkan Malaysia telah menyerahkan permohonan kepada Rusia untuk menyertai blok ekonomi tersebut.

BRICS, yang pada asalnya dianggotai oleh Brazil, Rusia, India, dan China, ditubuhkan pada tahun 2009 sebagai platform kerjasama bagi ekonomi sedang membangun, diikuti Afrika Selatan yang menyertainya pada tahun 2010.

Blok itu telah berkembang untuk merangkumi Iran, Mesir, Ethiopia, dan Emiriah Arab Bersatu.

BRICS mewakili kira-kira 40 peratus populasi global dan menyumbang kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) terkumpul sebanyak AS$26.6 trilion, atau 26.2 peratus daripada KDNK dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button