BERITA SEMASA

RUU Keselamatan Dalam Talian bukan untuk sekat kebebasan bersuara

Diguna untuk kekang jenayah dalam media sosial

SHAH ALAM – Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat akan digunakan untuk mengekang aktiviti jenayah di media sosial dan bukannya menyekat kebebasan bersuara.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, RUU sama akan dapat memastikan pengendali platform media sosial lebih proaktif dalam mengekang aktiviti jenayah di platform masing-masing bagi mengelak dikenakan tindakan.

“Hak kita untuk bersuara terkandung dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, iaitu undang-undang tertinggi dalam negara, maka mana-mana undang-undang terkait dengan isu kebebasan bersuara tidak boleh melangkaui Perlembagaan ini.

“Niat kita paling utama dalam pengenalan RUU itu bukan untuk mengekang suara rakyat, tetapi mengekang tindak tanduk penjenayah yang sedang memanipulasi dan mengambil kesempatan terutama di media sosial untuk melakukan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan pada Program Siri Syarahan Menteri Bertajuk “Literasi Keselamatan Digital” dianjurkan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, di sini hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button