Berita SemasaSukan

Selepas muncul juara Terbuka China, Nur Izzuddin kini bergelar bapa

KUALA LUMPUR – Pemain beregu badminton negara, Nur Izzuddin Rumsani bergelar bapa selepas isterinya, Mawar Mutiara Abdul Razak selamat melahirkan anak sulung mereka.

Lebih manis, kelahiran anak sulung pasangan berkenaan disambut sehari selepas Izzuddin dan pasangan beregunya Goh Sze Fei menjuarai badminton Terbuka China.

“Satu tahun terjalin dalam pelukan cinta, kini dikurniakan dengan rahmat kehidupan baru.

“Selamat ulang tahun pertama, sayangku,” kata Mawar di Instagram miliknya yang turut
meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Hantaran tersebut kemudian dikongsikan Izzuddin pada Insta Story miliknya dengan ciapan, ‘Membawa rezeki.’

Ahad lalu, Izzuddin-Goh Sze Fei mencipta sejarah apabila menjuarai badminton Terbuka China dengan menewaskan wakil tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu (13-21, 21-12, 21-17).

Dengan kemenangan itu, Sze Fei-Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai lumayan AS$148,000 (RM622,000) manakala Ji Ting-Xiang Yu selaku naib juara meraih AS$70,000 (RM294,000).

Pencapaian itu juga menyaksikan Sze Fei-Izzuddin menamatkan kemarau 35 tahun Malaysia untuk muncul juara beregu lelaki di Terbuka China selepas kali terakhir dilakukan gandingan adik beradik, Datuk Seri Jalani Sidek-Datuk Razif pada edisi 1989.

Selepas menjuarai Terbuka Jepun pada 25 Ogos lalu, kejayaan kali ini pastinya lebih bermakna kepada pasangan negara itu kerana kali pertama mereka muncul juara kejohanan bersatus Super 1000.

Show More

Related Articles

Back to top button