BERITA SEMASA

Puluhan pokok dilapor tumbang akibat angin kencang di P. Pinang

GEORGE TOWN – Puluhan kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di bahagian pulau dan Seberang Perai susulan kejadian angin kencang yang melanda, awal pagi tadi.

Menurut portal Kosmo Online, bagaimanapun, tiada kemalangan atau kecederaan dilaporkan setakat ini akibat kejadian berkenaan.

Antara kawasan terlibat adalah di Paya Terubong, Relau, Bukit Jambul, Pulau Tikus, Bayan Baru dan Butterworth.

Selain itu, turut dilaporkan berlaku kejadian pokok tumbang menimpa sebuah kereta jenis Honda City di Jalan Siram, Butterworth, kira-kira pukul 9.17 pagi tadi.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri yang berada dalam kenderaan tersebut dilaporkan sempat keluar menyelamatkan diri sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth tiba di tempat kejadian.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Tikus, Joshua Woo Sze Zeng berkata, terdapat 13 kes dilaporkan sekitar Pulau Tikus dan kawasan George Town sehingga pukul 9.50 pagi ini.

“Dahan besar daripada pokok tua yang besar telah patah di depan pusat khidmat kami sebentar tadi. Papan tanda di kedai sebelah habis musnah. Nasib baik tiada siapa yang cedera,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button