BERITA SEMASA

Malaysia akan beri impak besar dalam pendidikan tinggi serantau

PUTRAJAYA – Malaysia akan memberikan impak yang besar dalam pendidikan tinggi serantau apabila menduduki kerusi Pengerusi ASEAN pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, keyakinan beliau adalah berdasarkan kebersamaan kerajaan dan institusi pengajian tinggi (IPT) negara dalam membangunkan dasar dan perkongsian ilmu serta maklumat dengan pusat pengajian serantau.

“Program seperti hari ini merupakan antara asas awal sebelum kita duduki kerusi Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

“Pada masa akan datang, program sebegini akan diteruskan, kerana dengan kebersamaan, kita akan dapat bina dasar secara bersama, dan sama-sama memberi komitmen untuk bina tamadun Malaysia dan ASEAN.

“Saya yakin, Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN mulai tahun hadapan, akan dapat memberikan impak yang lebih besar (dalam pendidikan tinggi serantau,” katanya.

Mustapha berkata demikian dalam sidang akhbat selepas merasmikan Sidang Kemuncak Southeast Asian Higher Education Summit (SEAHES 2024) kali ke-4, di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah AKEPT, Prof. Dr. Harshita Aini Haroon; Ketua Pengarah JPPKK, Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail; dan Timbalan Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.

Dianjurkan oleh Pusat Pembangunan dan Kecemerlangan Kepemimpinan Akademik (CADe-Lead), Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), SEAHES 2024 merupakan platform menjalin kerjasama para pendidik, penyelidik dan pemimpin institusi pendidikan tinggi di rantau ini.

Sidang kemuncak ini menampilkan tokoh akademik serta industri Malaysia, Singapura, Thailand dan Filipina yang mengetengahkan isu-isu kritikal terkini dalam ekosistem pendidikan tinggi di peringkat lokal dan global.

Antara topik dikupas adalah pendidikan fleksibel, teknologi kecerdasan buatan, landskap pendidikan tinggi 2035 dan peranan kepemimpinan akademik dalam kelestarian masa hadapan

Hasil daripada perbincangan tersebut akan didokumentasikan dalam laporan komprehensif sidang kemuncak yang akan diterbitkan oleh CADe-Lead, UPM dan diangkat untuk dijadikan bahan rujukan untuk penganjuran siri webinar susulan berdasarkan tema perbincangan SEAHES 2024 ini.

Laporan ini akan turut mengumpulkan pandangan serta resolusi hasil sesi perbincangan meja bulat, untuk menyediakan pelan tindakan dalam memastikan peranan pendidikan tinggi di Asia Tenggara bagi kelestarian masa hadapan dapat dilaksanakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button