BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Mangsa terakhir bot penumpang karam ditemui pagi ini

LUNDU – Mayat pelajar berusia 14 tahun, Alsma Jithil yang merupakan mangsa terakhir tragedi bot penumpang karam di Sungai Kayan, Kampung Selampit dekat sini ditemui pada pukul 6.38 pagi tadi.

Pemangku Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak Tiong Ling Hii berkata, mayat remaja perempuan itu ditemui terapung oleh penduduk kampung kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Sarawak Coastguard.

Mangsa merupakan antara yang terkorban dalam kejadian bot penumpang karam yang membawa 20 penumpang menyeberang sungai tersebut sekitar pukul 6.10 pagi Isnin lepas.

Tiga remaja yang terkorban dalam kejadian itu dikenali sebagai Vilkie Wilson remaja lelaki berusia 15 tahun dan seorang remaja perempuan 17 tahun dikenali sebagai Helena Fasha Petrus serta Alasma Jithil 14 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button