Sukan

PM ucap tahniah kejayaan Pearly Tan, M. Thinaah ke separuh akhir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah yang berjaya mara ke separuh akhir.

“Alhamdulillah, tahniah buat dua pejuang hebat cetus sejarah menjadi beregu wanita Malaysia pertama layak ke separuh akhir di Olimpik.

“Kekal tenang serta fokus dan semoga beroleh kejayaan,” katanya dalam satu hantaran dalam laman media sosialnya hari ini.

Pasangan nombor 13 dunia itu mencipta sejarah selepas menumbangkan pasangan dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong dengan keputusan 21-12 21-13.

Kemenangan ini membolehkan pasangan negara membuat perhitungan sekali lagi dengan pasangan dari China yang juga pilihan pertama kejohanan.

Show More

Related Articles

Back to top button