BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Penguatkuasa disyaki terima rasuah tukar seksyen kesalahan direman SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang pegawai penguat kuasa kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada seorang individu sebanyak kira-kira RM5,000 bagi meminda seksyen kesalahan untuk satu kes penipuan.

Perintah reman selama lima hari sehingga 4 Ogos 2024 telah dikeluarkan oleh Majistret Fatin Dayana Jalil setelah permohonan di buat SPRM di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi tadi.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 20-an telah ditahan di tempatnya bertugas kira-kira pukul 9.40 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah kira-kira RM5,000 daripada pengadu sebagai balasan untuk meminda seksyen kesalahan bagi kes penipuan yang dikenakan kepada pengadu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button