Berita Semasa

Lapan gerai Bazaria Wangsa Maju terbakar pagi tadi

WANGSA MAJU – Lapan buah gerai di Bazaria Wangsa Maju (Danau Kota Uptown) di sini, musnah dalam kebakaran, pagi tadi.

Menurut Komander operasi, M Letchumanan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian, jam 7.02 pagi.

Tambahnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, dengan bantuan BBP Setapak kemudiannya dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, pasukan mendapati kebakaran membabitkan lapan gerai jualan di Bazaria Wangsa Maju.

“Operasi pemadaman segera dijalankan membabitkan kekuatan seramai 14 anggota dengan api berjaya dikawal beberapa minit kemudian,” katanya lagi.

Beliau berkata, kebakaran memusnahkan gerai terbabit 100 peratus.

Bagaimanapun, katanya, tiada mangsa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Show More

Related Articles

Back to top button