Jenayah & Mahkamah

Polis temukan jasad wanita dilaporkan hilang

CYBERJAYA – Seorang wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lepas selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan, ditemukan maut di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Menurut portal HM, jasad wanita berusia 25 tahun tersebut ditemukan pada kira-kira pukul 6 petang tadi.

Difahamkan, wanita itu dibunuh individu yang dikenalinya.

Penemuan jasad itu turut disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan kehilangan wanita itu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan kejadian, polis menerima laporan berhubung kehilangan individu bernama Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada pukul 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Show More

Related Articles

Back to top button