Berita Semasa

Usahawan bimbingan INSKEN berjaya catat RM11 juta peningkatan hasil jualan, 178 pekerjaan baharu dalam tempoh 4 bulan

PUTRAJAYA – Seramai 251 usahawan yang menyertai Program Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Bumiputera Business Coaching (IBBC) diraikan melalui Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2022 yang diadakan di sini hari ini.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Saraswathy Kandasamy, lebih membanggakan apabila program tersebut berjaya mencatatkan sebanyak RM11 juta jumlah peningkatan hasil jualan dan 178 pekerjaan baharu dicipta hanya dalam tempoh masa 4 bulan.

“Ini merupakan angka yang amat baik dan cemerlang. Selain daripada itu seramai 54 peratus usahawan berjaya mencapai KPI yang ditetapkan iaitu 20 peratus peningkatan jualan minima.

“Selain itu, saya juga dimaklumkan bahawa terdapat 12 usahawan telah bertukar status perniagaan daripada mikro kepada kecil,” katanya ketika berucap dalam majlis itu hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin.

Mengulas lanjut beliau juga merakamkan penghargaan kepada semua jurulatih industri yang membantu kesemua usahawan itu untuk berjaya.

Sementara itu, Muhd Firdaus berkata, pihaknya juga berjaya menerbitkan sebuah Buku Panduan Asas Usahawan (PadU) sebagai rujukan kepada usahawan di bawah bimbingan mereka.

Katanya, buku ini adalah hasil gabungan penulisan BisKaunselor INSKEN untuk membantu usahawan dan bakal usahawan menguasai ilmu keusahawanan serta perniagaan.

Show More

Related Articles

Back to top button