Berita SemasaSukan

Marcus Lim muncul pemain tempatan terbaik Kejohanan PKNS Selangor Masters 2024

PETALING JAYA – Kejohanan PKNS Selangor Masters 2024 membawa tuah kepada Marcus Lim setelah menamatkan saingan di kedudukan ketiga sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

Meskipun berdepan tekanan kali pertama menyertai pertandingan di peringkat profesional, prestasi cemerlang Marcus meletakkan beliau sebagai pemain terbaik tempatan.

“Saya berterima kasih kepada kesemua pihak dalam pertandingan ini. Saya sangat berbangga dengan kedudukan akhir meskipun saya rasa kurang berpuas hati dengan pencapaian,” katanya di sini hari ini.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata demikian selepas majlis penyampaian hadiah PKNS Selangor Masters yang turut dihadiri Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin di Kelab Golf Seri Selangor, Petaling Jaya.

Dalam kejohanan tersebut, peserta dari India, Rahil Gangjee muncul juara sementara pemain dari Australia, Deyen Lawson berada di tempat kedua.

Perbezaan mata dalam kelompok tiga teratas yang tidak terlalu ketara menjadikan pencapaian Marcus dalam pertandingan berkenaan cukup berharga.

Marcus berkata, dalam sukan golf, apa-apa sahaja boleh berlaku, sedikit tekanan untuk beraksi apabila mendahului dengan sedikit mata di depan pemain lain.

“Walaupun saya mengharapkan permulaan lebih baik hari ini, saya mencatatkan ‘bogey’ dalam dua lubang pertama.

“Ia adalah pertandingan profesional pertama yang saya sertai, jadi saya rasa bangga dengan cara ia berakhir. Saya harap saya dapat meneruskan rentak dan momentum ini,” katanya lagi.

Selesai kejohanan ini, Marcus akan berentap dalam satu kejohanan Jelajah Toyata bagi Piala Fortuner di Kelab Golf Sibu di Sarawak bermula Selasa hingga Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button