Berita Semasa

Cadangan letak SPRM di bawah kuasa Parlimen akan diteliti

BUKIT MERTAJAM – Kerajaan akan mengambil kira implikasi cadangan meletakkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah bidang kuasa Parlimen akan diteliti dan dibincangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut akan diteliti secara terperinci sekiranya perubahan itu membawa kebaikan untuk agensi itu.

Bagaimana pun beliau menetapkan apa yang lebih penting adalah untuk memastikan penguatkuasaan dan prosedur siasatan terhadap pelaku dilakukan secara telus dan tegas.

“Sekarang ini yang penting adalah siasatan dan pembuktian. Yang kena dakwa, jawab, Itu yang penting.

“Jangan guna teknikal argument untuk lari daripada kenyataan, saya tidak peduli.

“Kalau ada bukti jangan reka jangan buat naya,” katanya kepada pemberita semasa majlis kenduri korban di Mengkuang Semarak di sini, hari ini.

Beberapa pihak sebelum ini mencadangkan supaya SPRM diletakkan di bawah Parlimen bagi memastikan proses semak dan imbang agensi itu lebih bebas dan telus.

Ia susulan wujud pelbagai dakwaan termasuk berlaku pendakwaan terpilih ke atas pemimpin parti politik tertentu.

Show More

Related Articles

Back to top button