Fenomena Istiwa A’dzam, boleh semak arah kiblat yang tepat pada 27 Mei
PUTRAJAYA – Umat Islam boleh menyemak ketepatan arah kiblat di kediaman dan premis masing-masing pada pukul 5.18 petang, 27 Mei ini berikutan fenomena Istiwa A’dzam.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memaklumkan, fenomena Istiwa A’dzam berlaku apabila kedudukan Matahari tepat berada di atas Kaabah, yang mana ia hanya berlaku dua kali dalam setahun.
“Kedudukan arah kiblat boleh disemak dengan menggunakan objek-objek tegak dan lurus sebagai alat pengukur bayang-bayang objek.
“Pastikan cuaca dalam keadaan baik (tidak mendung/hujan) supaya bayang-bayang objek jelas kelihatan dan mudah untuk ditanda,” kata pejabat berkenaan dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.
Kaedah yang tepat boleh dirujuk pada infografik dibawah dan sila pastikan waktu yang dirujuk diselaraskan dengan waktu Sirim (mst.sirim.my).
“Selesai membuat penandaan arah kiblat, maka bolehlah menyemak semula arah kiblat yang sedia ada atau membuat semakan arah kiblat di aplikasi telefon pintar masing-masing.
“Tertakluk kepada keadaan fungsi sistem GPS di telefon dan gangguan magnet sekitarnya,” katanya lagi