PM X

PM Anwar jemput Lawrence melawat Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Perdana Menteri Singapura yang baharu, Lawrence Wong untuk melawat Malaysia.

Jemputan itu disampaikan Perdana Menteri
yang turut mengucapkan tahniah kepadanya di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menter menerusi satu panggilan telefon semalam.

Anwar berkata yang juga Menteri Kewangan berkata, Lawrence turut mengucapkan tahniah atas kemenangan calon Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, baru-baru ini.

“Sekalung tahniah kepada Lawrence Wong di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri baharu Singapura.

“Saya sempat sampaikan perkara tersebut menerusi panggilan telefon kepadanya hari ini sambil menyampaikan jemputan kepadanya untuk melawat Malaysia secepat mungkin.

“Beliau (Lawrence) turut mengucapkan tahniah di atas kemenangan pilihanraya di Kuala Kubu Bharu baru-baru ini.

“Kami senada untuk memberi komitmen dan bekerjasama rapat selain meneruskan perbincangan mengenai perkara yang berkepentingan bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Untuk rekod, Lawrence, 51, yang sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, menggantikan Hsien Loong, 72, yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura sejak 2004.

Show More

Related Articles

Back to top button