Berita Semasa

Prosedur tampalan kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif

KUALA LUMPUR – Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid menunjukkan reaksi positif.

Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan lapisan kulit yang dibawa dari luar negara untuk digunakan dalam prosedur bermula Khamis lepas itu dilihat sesuai.

“Setakat ini, saya lihat kondisi Faisal bertambah baik dengan proses ‘skin allograft’ juga boleh dikatakan berjaya tanpa sebarang masalah,” katanya memetik laporan Bernama.

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh penyerang tidak dikenali ketika berada di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya.

Insiden itu merupakan kejadian malang kedua menimpa pemain bolasepak negara selepas pemain pinjaman Terengganu FC, Muhammad Akhyar Abdul Rashid, cedera pada kepala dan kaki selepas diserang dua penyamun di kawasan kediamannya di Kuala Terengganu, 2 Mei lepas.

Show More

Related Articles

Back to top button