PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) akan memulakan percubaan operasi Kenderaan Transit Aliran Automatik (ART) selama tiga bulan, bermula 13 Mei hingga 31 Julai 2024.
Menurut PPj dalam satu kenyataan hari ini, ujian kali ini melibatkan dua laluan.
“Bagi laluan 1A, akan bermula dari MRT Putrajaya Sentral menghala ke Lebuh Wawasan, Persiaran Perdana, Lingkaran Gemilang dan kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral dan beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat.
“Laluan kedua iaitu laluan 2B akan turut bermula dari MRT Putrajaya Sentral ke Persiaran Perdana, kemudian menghala ke Lebuh Bestari, Persiaran Timur dan IOI Putrajaya sebelum kembali semula ke MRT Putrajaya Sentral, dan hanya beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad sahaja,” kata PPj dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya.
Orang ramai yang ingin merasai pengalaman menaiki ART perlu menggunakan aplikasi melalui kod QR yang disediakan di stesen mengambil penumpang.
“Sebanyak tiga trip disediakan setiap hari bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang,” kata PPj lagi.P
rojek rintis di Putrajaya ini adalah merupakan usaha PPj bagi mengetengahkan ART sebagai salah satu mod pengangkutan yang boleh melengkapkan rangkaian sistem sedia ada.