JENAYAH & MAHKAMAH

Suspek kedua simbah asid ke arah Faisal Halim direman 5 hari

SHAH ALAM – Suspek kedua yang ditahan bagi membantu siasatan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim direman lima hari bagi siasatan lanjut.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.

“Suspek berumur lingkungan 30 an itu direman lima hari untuk siasatan selanjutnya.

“Kes ini akan diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman untuk tindakan selanjutnya,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Pada Isnin, polis memaklumkan suspek diberkas lewat petang di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Suspek merupakan tangkapan kedua dijalankan setelah tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki yang diberkas di Pandan Indah, Ampang pada Ahad.

Dalam kejadian pada Ahad lalu pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button