KPMC terus pegang teguh pada visi tawar perkhidmatan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan
KAJANG – Lebih dua dekad sejak pembinaan Kajang Plaza Medical Center (KPMC), hospital swasta berkenaan terus berkembang dalam menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik pada harga yang berpatutan.
Diketuai oleh Datuk Saroni Judi selaku
Ketua Pegawai Eksekutif KPMC, hospital berkenaan mempunyai sejarah dan pengalaman berkhidmat kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan Kajang.
Menurut Saroni, semasa proses pengambilalihan hospital berkenaan, beliau telah mengambil keputusan untuk meluaskan lagi skop perkhidmatan kesihatan dengan menambah pelbagai unit serta jabatan baharu.
“KPMC beroperasi dengan kapasiti lebih 30 katil dan telah dilengkapi dengan dua dewan bedah, imbasan CT, bilik bersalin, taska dan banyak lagi kemudahan perubatan terkini.
“Bukan setakat hospital bersalin, sekarang kita sudah ada hampir semua jabatan perubatan. Daripada bersalin, kanak-kanak, ENT iaitu telinga, kerongkong dan hidung kemudian ada dua orang pakar bedah,” katanya dalam satu temu bual bersama Malaysia Tribune baru-baru ini.
@malaysiatribune KPMC terus pegang teguh pada visi tawar perkhidmatan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan KAJANG – Lebih dua dekad sejak pembinaan Kajang Plaza Medical Center (KPMC), hospital swasta berkenaan terus berkembang dalam menawarkan perkhidmatan kesihatan terbaik pada harga yang berpatutan. Diketuai oleh Datuk Saroni Judi selaku Ketua Pegawai Eksekutif KPMC, hospital berkenaan mempunyai sejarah dan pengalaman berkhidmat kepada rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang tinggal berhampiran kawasan Kajang. #malaysiatribune #kpmc #kajang @KPMC KAJANG
Mengulas lanjut, Saroni berkata, sejajar dengan misi KPMC untuk menyediakan kemudahan terbaik bagi penjagaan perubatan dan pakar, KPMC kini turut dilengkapi dengan Jabatan Kecemasan yang disokong oleh tiga buah ambulan.
“Yang istimewa di sini adalah jabatan kecemasan yang disokong oleh tiga buah ambulan. Jarang hospital yang ada pakar kecemasan maknanya siapa-siapa datang di waktu seperti pukul 3.00 ke 4.00 pagi.
“Oleh sebab itu, kemungkinan untuk ditolak itu adalah sangat rendah kerana pakar kecemasan dan trauma itu ada di KPMC.
“Kalau dulu hanya pegawai perubatan biasa yang ilmunya tidak setinggi pakar dalam bidang kecemasan dan trauma jadi sekarang kita berani untuk mengambil pesakit yang datang pada waktu pagi lewat malam dan sebagainya,” ujarnya.
Sementara itu, tambah Saroni, bagi penyakit berkaitan telinga, kerongkong dan hidung (ENT), KPMC dibarisi oleh pakar-pakar radiologi yang mampu memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi.
“Bagi ENT pula KPMC turut dianggotai oleh pakar radiologi dan yang akhirnya, KPMC turut dilengkapi dengan pusat rehabilitasi dan ini adalah mereka yang sudah selesai menjalani pembedahan,” ujarnya lagi.