Berita Semasa

Akaun WhatsApp Muhyiddin digodam

KUALA LUMPUR – Akaun aplikasi WhatsApp milik bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dimaklumkan telah digodam dipercayai oleh scammer, tengah hari tadi.

Pejabat bekas Perdana Menteri kelapan dalam satu kenyataan hari ini berkata, laporan polis akan dibuat berkaitan insiden itu tanpa memperincikan bentuk godaman tersebut.

“Akaun WhatsApp Tan Sri Muhyiddin Yassin digodam dari jam 12 tengah hari tadi. Mohon kepada mereka yang menerima mesej selepas waktu berkenaan untuk tidak melayan dan mengendahkan mesej dipercayai scammer.

“Satu laporan polis akan dibuat dan pihak Tan Sri sedang berusaha untuk mengaktifkan semula akaun WhatsApp beliau,” katanya di Facebook Muhyiddin, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button