Politik

PN pertaruh Pemangku Ketua Bahagian BERSATU rebut kerusi Kuala Kubu Bharu

KUALA LUMPUR – Pemangku Ketua Bahagian BERSATU Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut akan dipertaruhkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

Pengumuman itu dibuat oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu malam tadi.

Khairul Azhari, 54, akan berdepan Pang Sock Tao dari Pakatan Harapan (PH) yang merupakan pegawai kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.

PRK itu diadakan berikutan kematian Lee Kee Hiong (PH), yang menyandang kerusi itu sejak 2013.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala Sabtu ini hari penamaan calon.

Kuala Kubu Bharu merupakan kawasan pilihan raya campuran, dengan 46 peratus terdiri daripada pengundi Melayu, 30 peratus pengundi Cina, 18 peratus pengundi India, dan enam peratus lain-lain kaum.

Show More

Related Articles

Back to top button