JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh dari Jambatan Sungai Danga

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Sungai Danga, Taman Perling di sini, petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 4.35 petang.

Katanya, sebuah jentera `fire rescue tender’ (FRT) bersama lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin tiba ke lokasi kejadian lima selepas itu.

“Lelaki itu masih belum ditemukan dan operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan,” katanya menerusi satu kenyataan media sebentar tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button