AGAMABERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Firdaus Wong diugut bunuh

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong berkata beliau telah diugut melalui satu balasan komen ketika bersiaran secara langsung Street Dakwah melalui aplikasi Tiktok.

Beliau berkata, komen dari satu akaun bernama tik toker mengugut dalam masa 30 minit peluru akan hinggap di kepalanya.

“Saya meneruskan live saya itu sehingga hampir pukul 6pm dan tiada apa yang berlaku,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Firdaus meletakkan keyakinan penuh pada Allah Subhana Wa Ta’ala yang akan melindungi hamba-hambaNya.

“Bagaimanapun, akaun itu mungkin akaun palsu, tetapi ugutan sedemikian rupa perlu dipandang serius,” tambahnya lagi.

Empat hari yang lalu Firdaus Wong telah membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju selepas beliau dan keluarganya menerima ugutan bunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button