BERITA SEMASA

MPSepang mampu jimat RM500,000 daripada inisiatif ADTREC

SEPANG – Penjimatan sehingga RM500,000 setahun mampu dilakukan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) hasil inisiatif Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik atau dikenali sebagai “Automatic Drive Through Recycling Center” (ADTREC) yang dilancarkan di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC) di sini hari ini.

Inisiatif yang dibangunkan oleh KDEB Waste Management dengan kerjasama bersama Bumi Waste Management Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai ‘Trash4cash’ dan disokong oleh pihak berkuasa tempatan iaitu MPSepang.

Menurut Yang Dipertua MPSepang, Datuk Abd Hamid Hussain, konsep ADTREC menampilkan teknologi hijau dan teknologi digital yang beroperasi dengan penggunaan platform digital, sekali gus membolehkan ia beroperasi tanpa pekerja.

“Dari segi sampah yang kita kumpul di peringkat domestik satu tahun kita hantar ke pusat pelupusan adalah sebanyak 120, 733 tan kalau kita dapat jimatkan 10 peratus daripada sini pun sudah memadai.

“Bayaran kita RM4.5 juta, kalalu kita boleh jimat 10 peratus daripada penghantaran ke sana jadi dalam RM400,000 hingga RM500,00 kita boleh jimatkan kos,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran ADTREC di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pengarah Urusan KDEWM, Datuk Ramli Mohd Tahir; Pengerusi Eksekutif Waste to Wealth Holdings (M) Sdn. Bhd., Shafreez Redza Mhd Saiful.

Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik atau dikenali sebagai “Automatic Drive Through Recycling Center” (ADTREC) dilancarkan di Pusat Kitar Semula Cyberjaya (PKSC) di sini hari ini.

Ditanya mengenai adakah inisiatif ini akan dibangunkan di lokaliti lain, Ramli berkata, pihaknya bercadang untuk membina lebih banyak ADTREC khususnya di daerah Sepang dan seterusnya di seluruh negeri Selangor.

“Di Cyberjaya yang pertama, kita ada juga lihat kawasan lain yang berpotensi seperti di Salak Tinggi dan Insya-Allah kita akan bangunkan ADTREC di seluruh negeri Selangor,” katanya.

Mengulas lanjut, Abd Hamid berkata,
penduduk hanya perlu menuliskan nama dan nombor telefon ataupun no id bagi ahli Trash4Cash di atas pita pelekat yang telah disediakan bagi proces kitar semula.

“Seterusnya memasukkan bahan yang ingin dikitar semula ke dalam ‘deposit bucket window’ atau mengikut kategori.

“Selepas bahan kitar semula dikutip oleh operator yang dilantik, pihak operator akan membuat pengesahan dengan membuat panggilan, pemeriksaan dan timbangan bagi tujuan verifikasi.

“Seterusnya, pembayaran akan dibuat selepas 48 jam proses verifikasi dijalankan, dan bayaran dibuat secara atas talian,” ulas beliau mengenai tatacara penggunaan ADTREC.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button