Langkawi, Sarawak kembali jadi pentas Le Tour de Langkawi
KUALA LUMPUR – Perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) bagi edisi ke 28 pada tahun ini menyaksikan Pulau Langkawi kembali menjadi pentas saingan acara berprestij itu.
Selain itu, laluan perlumbaan yang akan bermula pada 29 September sehingga 6 Oktober itu juga akan buat julung kalinya melibatkan dua laluan di dua bahagian Sarawak iaitu Bintulu dan Miri.
Perkara itu diumumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dalam sidang akhbar Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas LTDL 2024 di MSN, Bukit Jalil hari ini.
“Tahun 2024 menjanjikan ujian yang lebih mencabar untuk penganjuran LTdL. Bukan sahaja perlumbaan ini akan kembali ke Pulau Langkawi, malah buat julung kalinya ia akan ke Kulai dan Sarawak iaitu Bintulu dan Miri,” katanya dalam kenyataan rasminya di Facebook malam ini.
Beliau juga berharap lebih banyak syarikat korporat yang akan tampil menjayakan penganjuran LTDL 2024.
“Tahun 2024 menjanjikan ujian yang lebih mencabar untuk penganjuran LTdL. Faktor kos logistik tambahan seperti kos keluar dan masuk dari Pulau Langkawi serta ‘charter flight and cargo’ ke Sarawak bakal menguji kemampuan penganjur.
Tiga pasukan berbasikal negara dijangka menyertai perlumbaan kali ini iaitu Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Malaysia Profesional Cycling (MPC)
Laluan perlumbaan sejauh 1,191 km itu akan bermula di Kuah, Langkawi dan berakhir di Bintulu.

Peringkat Pertama : Kuah, Langkawi (96.5 km),
Peringkat Kedua : Arau – Butterworth (154.5 km)
Peringkat Ketiga : Taiping ke Cameron Highlands (170.3 km)
Peringkat Keempat : Kuala Kubu Bharu – Genting Highlands (112.8km)
Peringkat Kelima : Kuala Lumpur – Melaka (167.3 km)
Peringkat Keenam : Batu Pahat – Kulai (123.6 km)
Peringkat Ketujuh : Miri – Bintulu (199.3 km)
Peringkat Kelapan : Bintulu (166.8 km)
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















