Berita Semasa

MPOGCF dan Fakulti Sains UM anjur forum biodiversiti

PUTRAJAYA – Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF)  dengan kerjasama Fakulti Sains Universiti Malaya (UM) buat julung kalinya akan menganjurkan Forum Biodiversiti sempena sambutan Ulang Tahun Ke-65 Fakulti Sains UM.

Forum bertemakan “Pemuliharaan Hijau Demi Masa Depan Mampan” itu akan berlangsung esok bermula dari pukul 9 pagi sehingga 5 petang di Dewan Kuliah 3, Fakulti Sains UM.

Pengurus Besar MPOGCF, Hairulazim Mahmud berkata, program itu bertujuan untuk berkongsi maklumat terkini mengenai pemuliharaan dalam ladang sawit kepada ahli akademik dan pelajar universiti yang memberi fokus kepada isu-isu kemampanan dalam industri minyak sawit di Malaysia.

“Forum ini terbahagi kepada tiga iaitu sesi pertama bertajuk “Inisiatif Pemuliharaan di Malaysia”, sesi kedua, “Peranan Kerajaan dalam Usaha Kelestarian dan Pemuliharaan Minyak Sawit”, sesi ketiga, “Amalan Kelapa Sawit Lestari di Ladang Kelapa Sawit”.

“Barisan ahli panel akan diwakili oleh beberapa agensi dan syarikat seperti Sime Darby Plantation, FGV Holdings dan Persatuan Minyak Sawit Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Forum akan dihadiri oleh 200 orang peserta dengan penyertaan secara dalam talian melalui aplikasi Zoom secara percuma.

Selain itu, penganjur turut mengadakan pelbagai reruai pameran sepanjang program berlangsung.

Show More

Related Articles

Back to top button