BERITA SEMASASUKAN

Pesilat Terengganu maut dalam perlawanan pra SUKMA

SEREMBAN – Sukan silat negara kehilangan atlet berbakat apabila Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas terkena tendangan pihak lawan dalam satu perlawanan pra Sukan Malaysia (SUKMA) di sini, semalam.

Dalam perlawanan di Dewan Komuniti Taman Coral Height di sini, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafaf (HTJ) pukul 1.20 pagi tadi.

Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, arwah yang berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu difahamkan mengalami kecederaan di dada sebelah kiri akibat ditendang lawan ketika pertandingan berlangsung.

“Arwah rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu kiraan wasit perlawanan.

“Arwah bersama 24 lagi atlet silat Terengganu menyertai pertandingan itu sebagai persiapan menjelang temasya Sukma yang berbaki kira-kira lima bulan lagi,” katanya.

Allahyarham adalah anak keempat dari lima beradik dan berada di Seremban untuk pertandingan itu sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban berkata, mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan diberikan rawatan resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu.

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta merta, terus mengaktifkan AED serta alat bantuan pernafasan BVM dan oksigen kepada pesakit itu,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button