Politik

PBM pecat 11 individu termasuk Zuraida, setiausaha agung

CYBERJAYA – Bekas Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM), Nor Hizwan Ahmad merupakan antara 11 individu yang digugurkan jawatan dan dipecat dari parti itu, hari ini.

Pemecatan mereka kerana gagal memberi maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin PBM dalam tempoh tujuh hari.

Mereka antara 13 individu yang diberi surat tunjuk sebab oleh Jawatankuasa Disiplin PBM pada 19 Dis lalu.

Selain Zuraida dan Hizwan, PBM juga memecat Naib Presiden 1, Rahimah Majid; Naib Presiden 2, Dr Sathiskumar; Naib Presiden 3, Muhammad Saiful Bahari Sahari; Ketua Pemuda, Na’im Brundage; dan Ketua Penerangan, Zakaria Abdul Hamid.

Turut dipecat, empat Ahli Majlis Tertinggi PBM iaitu Ab. Aziz Ab. Kadir, Zakaria Abdul Rahim, Datuk Roger Tan Seng Huat dan Albakri Salim.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden 1, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita, Dr Daroyah Alwi hanya dipecat dari jawatan mereka, dan masih kekal sebagai ahli parti.

Menerusi kenyataan, unit penerangan PBM memaklumkan bahawa tindakan ke atas 13 individu itu dibuat selepas Ahli Jawatankuasa Disiplin membuat perbincangan lanjut hari ini mengikut Perlembagaan parti.

“Mereka telah diberi peluang untuk menjelaskan dan membela diri dan diberi tempoh tujuh hari, akan tetapi telah gagal memberikan maklum balas kepada Jawatankuasa Disiplin Parti PBM.

“Maka dengan ini, demi kepentingan Parti PBM, Jawatankuasa Disiplin PBM telah membuat keputusan bahawa keahlian, jawatan individu-individu tersebut ditamatkan berkuat kuasa serta-merta pada 27hb Disember 2022,” menurut kenyataan itu.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button