Politik

Tuduhan rasuah Agong fitnah jahat – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan Perikatan Nasional (PN) merasuah Yang Di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion untuk menjatuhkan kerajaan adalah satu fitnah.

Pengerusi PN itu berkata, sehubungan itu satu laporan polis telah dibuat supaya tindakan diambil.

“Saya percaya mereka yang membuat dan menyebar fitnah ini melakukan kesalahan berat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Laporan polis telah dibuat oleh Datuk Seri Hamzah Zainuddin selaku Ketua Pembangkang dan Setiausaha Agung PN supaya mereka yang berkenaan disiasat dan diambil tindakan tegas,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan pihak terbabit supaya tidak mengheret institusi Raja Berperlembagaan dalam taktik fitnah politik.

“Malaysia mempunyai peruntukan tertentu di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan cara-cara serta kaedah yang sah dalam pelantikan Perdana Menteri dan pembentukan kerajaan.

“Perlembagaan Persekutuan membenarkan sebuah kerajaan dibentuk sama ada melalui pilihan raya atau di luar pilihan raya, iaitu apabila atas apa jua sebab Perdana Menteri meletakan jawatan. Peruntukan Perlembagaan ini mestilah dipatuhi dalam menentukan sebarang pembentukan atau pertukaran kerajaan,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button