Ismail enggan layan spekulasi bakal digantikan
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim enggan melayan spekulasi yang mendakwa beliau bakal digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias.
Ismail yang juga ADUN Juasseh menegaskan, beliau masih menjalankan tugas sebagai Menteri Besar dan isu melepaskan jawatan nombor satu pentadbiran negeri itu sama sekali tidak timbul.
“Setakat hari ini, saya masih Menteri Besar,” katanya ringkas kepada pemberita selepas hadir pada Karnival Bazar Deepavali Little India, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengaitkan Jalaluddin dengan kedudukan jawatan tertinggi kerajaan negeri berkenaan.
Ismail pada masa sama turut enggan mengulas dakwaan pihak pembangkang kononnya sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 26 November depan berkemungkinan ditangguhkan.
“Jangan sentuh perkara itu dahulu. Kali ini, marilah kita bersama-sama meraikan Deepavali terlebih dahulu,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













