Bekas isteri Najib, Tengku Puteri Zainah meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun, petang ini.
Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran Facebook bekas Perdana Menteri itu.
“Dengan penuh rasa dukacita, kami ingin menyampaikan berita pemergian Allahyarhamah Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, bekas isteri kepada Datuk Seri Najib Razak yang telah kembali ke rahmatullah.
“Allahyarhamah pernah menjadi sebahagian penting dalam perjalanan hidup Datuk Seri Najib dan merupakan ibu kepada anak-anak mereka,” menurut hantaran tersebut.
Sementara itu, hantaran itu turut menyatakan walaupun Najib kini berada dalam keadaan yang tidak memungkinkan beliau bersama keluarga pada saat yang menyedihkan ini, ingatan dan doa beliau sentiasa mengiringi anak-anak serta seluruh ahli keluarga Allahyarhamah.
“Kami mendoakan agar Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarhamah, menerima segala amal ibadahnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
“Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi kehilangan ini,” tulis hantaran itu lagi.
Untuk rekod, Tengku Puteri Zainah merupakan isteri pertama Najib sebelum pasangan itu berpisah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohammad Nizar, Nazifuddin dan Puteri Norlisa.
Najib kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Datin Seri Rosmah Mansor pada tahun 1987.
Semalam, anak pasangan itu, Nizar memaklumkan keadaan ibunya yang kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Gleneagles Kuala Lumpur.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |













