JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki maut, tersepit dalam Toyota Vios terbabas di Tanjung Tokong

GEORGE TOWN – Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an maut selepas kereta Toyota Vios dipandunya dipercayai terbabas sendiri di Straits Quay, Tanjung Tokong, di sini pagi tadi.

Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tersepit di bahagian hadapan tempat duduk pemandu selepas kemalangan itu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.35 pagi.

Menurutnya, enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

“Mangsa berjaya dikeluarkan pada pukul 6.55 pagi sebelum diberikan rawatan awal.

“Bagaimanapun, pemandu yang belum dikenal pasti identitinya itu disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang tiba di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 6.59 pagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button