Sambutan Deepavali peringkat kebangsaan sasar 10,000 pengunjung
KUALA LUMPUR – Lebih 10,000 pengunjung disasarkan menghadiri Sambutan Hari Deepavali Peringkat Kebangsaan 2026 yang dijadual berlangsung di Little India, Brickfields, pada 14 November ini.
Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, majlis pada Sabtu itu dijadual dirasmikan dan dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, pelbagai pengisian menarik sedang dipertimbangkan bagi memeriahkan sambutan berkenaan, termasuk elemen kebudayaan, persembahan artis tempatan dan pameran Rumah Malaysia.
“Bagaimanapun, tema program berkenaan masih dalam peringkat perbincangan dan penyusunan oleh pihak kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Majlis Hi-Tea Timbalan Menteri Perpaduan Negara Bersama Media di Dorsett Hotel Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Baca juga : Isu perpaduan perlukan pendekatan praktikal, bukan sekadar buat majlis antara kaum – Yuneswaran
Dalam pada itu, Yuneswaran mewakili Kementerian Perpaduan Negara merakamkan penghargaan kepada pihak media atas kerjasama erat dalam membantu menyampaikan maklumat yang tepat serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Sehubungan itu, beliau berharap rakan media akan terus memberikan sokongan padu dengan menyebarluaskan program anjuran Kementerian Perpaduan Negara bagi memperkukuh perpaduan kaum di negara ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







