Lee Junho meriahkan Pop-up CUCKOOTOPIA, CUCKOO perkenal inovasi baharu
KUALA LUMPUR – Kehadiran bintang antarabangsa merangkap Duta Jenama Global CUCKOO, Lee Junho, mencuri tumpuan peminat apabila beliau hadir menyantuni orang ramai pada acara Pop-up CUCKOOTOPIA di Pavilion Bukit Jalil, di sini, baru-baru ini.
Kemunculan istimewa itu melengkapkan sambutan ulang tahun ke-12 CUCKOO International (MAL) Berhad (CUCKOO Malaysia), selain menjadi platform memperkenalkan inovasi terbaharu syarikat berkenaan dalam memenuhi keperluan kediaman sihat.
Pengarah Eksekutif Bukan Bebas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, syarikat itu sentiasa berusaha mencari kaedah baharu untuk membantu rakyat Malaysia menjalani kehidupan lebih sihat dan bahagia.
“Sebagai Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), kami sentiasa mencari cara baharu untuk membantu rakyat Malaysia hidup lebih sihat dan bahagia, sama ada menerusi produk yang digunakan di rumah mahupun hadiah yang dipilih untuk insan tersayang.
‘Lifestyle Hamper kami menerapkan falsafah ini sempena Tahun Baru Cina. Ia memberi nafas baharu kepada hamper tradisional dengan menterjemahkan harapan kesejahteraan hidup kepada sesuatu yang praktikal untuk digunakan dan dinikmati seisi keluarga sepanjang tahun,” katanya.
Acara itu turut menyaksikan pelancaran Hamper Gaya Hidup Tahun Baharu Cina CUCKOO (CUCKOO CNY Lifestyle Hamper), yang mengetengahkan pendekatan baharu dalam tradisi pemberian hadiah menerusi gabungan barangan praktikal untuk kegunaan harian.

Mengangkat tema ulang tahun ‘Menghargai Setiap BFF’ yang merangkumi Buddies, Friends dan Families, acara pop-up selama empat hari itu turut menawarkan pelbagai aktiviti interaktif, pameran produk serta tawaran eksklusif kepada pengunjung.
Kemuncak acara kelmarin, menyaksikan Lee Junho berinteraksi dengan peminat sebelum merasmikan pelancaran hamper berkenaan, selain menjadi individu pertama menerimanya.
Hamper praktikal sempena Tahun Baharu Cina
Hamper Gaya Hidup Tahun Baharu Cina CUCKOO diperkenalkan dengan tiga konsep berbeza yang membawa simbolik harapan terhadap kesegaran, kemakmuran dan kebersamaan keluarga.
Koleksi pertama, Splash of Fortune Lifestyle Hamper, menampilkan kepala pancuran bertapis sebagai simbol permulaan tahun yang menyegarkan.
Seterusnya, Taste of Prosperity Lifestyle Hamper menampilkan periuk serbaguna dengan membawa aspirasi kehidupan yang lebih makmur dan pemakanan berkhasiat.
Sementara itu, Pot of Togetherness Lifestyle Hamper menampilkan periuk panas seramik CUCKOO x Color King bagi meraikan detik kebersamaan ketika menikmati hidangan bersama keluarga dan insan tersayang.
Setiap hamper menggabungkan barangan kegunaan harian dengan pembungkusan bercirikan perayaan, sekali gus menjadikan pemberian hadiah lebih bermakna dan boleh dimanfaatkan dalam tempoh panjang.
Koleksi berkenaan dijadualkan mula dibuka untuk tempahan pada akhir November 2026.
Lapan inovasi kediaman sihat diperkenalkan
Selain pelancaran hamper, acara itu turut menampilkan Penapis Air Pembuat Ais CUCKOO GRANITE dan Mesin Pencuci Pinggan CUCKOO QUBE yang baru dilancarkan.
Enam lagi inovasi yang bakal diperkenalkan ialah Penapis Air CUCKOO FLO MAX, Kepala Pancuran Bertapis CUCKOO AquaAura, Periuk Tekanan CUCKOO CMC-BSN501, Periuk Serbaguna Rendah Gula CUCKOO CR-1060F, Penapis Air Bebas Tangki CUCKOO PETITE serta sebuah stesen air mudah alih.
Penganjuran acara itu turut mendapat sokongan WonderLab dan STEP8IGHT sebagai Rakan Rasmi Gaya Hidup; MONTIGO sebagai Rakan Rasmi Bekas Minuman; GOOJODOQ sebagai Rakan Rasmi Pendinginan Mudah Alih; HWC Coffee sebagai Rakan Rasmi Minuman; TikTok Shop sebagai Rakan Rasmi e-Dagang; serta Samsung Malaysia Electronics sebagai Rakan Sokongan.
Acara berkenaan turut dilaksanakan bagi menyokong Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








