Fahmi zahir takziah atas pemergian wartawan kanan Astro AWANI
KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga wartawan kanan Astro AWANI di Pahang, Mohd Zailani Md Atan yang meninggal dunia petang semalam.
Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi menyifatkan Allahyarham sebagai insan yang banyak berjasa dalam dunia kewartawanan tanah air, selain mendoakan agar keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan itu.
“Semoga seluruh keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi kehilangan ini.
“Sama-sama kita mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.
Terdahulu, media melaporkan Mohd Zailani menghembuskan nafas terakhir ketika tidur pada usia 66 tahun kira-kira 5 petang semalam.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Saidina Ali bin Abi Talib, Bukit Sekilau, Kuantan, untuk dimandi dan disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Setali kira-kira 9 malam tadi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








