Bekas suami Datuk Seri Vida, bapa Cik B meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Bekas suami usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida, Mohammad Amin Yasin, 48, meninggal dunia di kediamannya di Kuala Krai, Kelantan, hari ini.
Berita pemergian Allahyarham turut dikongsi anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen, 20, atau lebih dikenali sebagai Cik B menerusi hantaran di Threads.
Cik B berkata, pemergian bapanya berlaku pada hari sama ibunya menyambut ulang tahun kelahiran, sekali gus menjadikan hari yang sepatutnya diraikan dengan kegembiraan bertukar hiba.
“Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang perlu dirasakan. Hari yang sepatutnya dipenuhi kegembiraan, tetapi sebaliknya saya sedang berduka,” katanya.
Sementara itu, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, keluarga masih menunggu keputusan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bekas suaminya itu.
Menurutnya, beliau dimaklumkan Allahyarham meninggal dunia di kediamannya di Kuala Krai, namun punca kematian masih belum diketahui.
Untuk rekod, Vida dan Mohammad Amin mendirikan rumah tangga pada 2000 sebelum bercerai pada 2008. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata.
Bagaimanapun, dua anak lelaki mereka, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, meninggal dunia dalam kejadian kebakaran di kediaman Vida di Meru Hill, Ipoh, pada 2013.
Allahyarham kemudian dilaporkan berkahwin dengan Wan Rahimah Wan Abd Rahman pada 2018.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








