Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor
SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki menyamar sebagai pengawal peribadi sulit (ADC) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah bagi memperdaya orang ramai dalam urusan jual beli rumah dan kenderaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya menerima laporan daripada Pejabat Kawalan Keselamatan Sultan Selangor di Istana Mestika pada pukul 9.53 pagi, 15 Oktober lalu, berhubung satu hantaran di platform Threads yang mendedahkan kegiatan itu.
Menurutnya, lelaki berkenaan didakwa menggunakan gambar Raja Muda Selangor dan mengaku sebagai ADC baginda untuk meyakinkan orang ramai, selain disyaki mengambil wang mangsa.
“Hantaran itu mendakwa seorang lelaki menggunakan gambar Raja Muda Selangor dengan mengaku sebagai ADC baginda untuk memperdaya orang ramai dalam urusan pembelian rumah dan kenderaan, selain disyaki mengambil wang mangsa.
“Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BACA JUGA:
Istana tidak lindungi penyamar pengawal peribadi sulit Raja Muda Selangor
Sehubungan itu, Shazeli menasihatkan orang ramai supaya membuat pengesahan melalui saluran rasmi sebelum meneruskan sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan pentadbiran Istana Selangor tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kes penyamaran sebagai ADC Tengku Amir Shah.
Pihak Istana Selangor turut memandang serius perkara itu dan menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh, adil serta telus.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






