Jenazah pegawai AKPS dijangka tiba di Tumpat malam ini untuk dikebumi
MACHANG – Jenazah pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) yang dipercayai dibunuh suaminya di Nilai, Negeri Sembilan, dijangka tiba di Tumpat, Kelantan malam ini untuk urusan pengebumian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jenazah mangsa selesai menjalani bedah siasat pagi tadi sebelum dibawa pulang melalui jalan darat.

Beliau berkata, suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian itu baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman berkaitan kes dadah.
“Mangsa meninggalkan dua anak masing-masing berusia lima dan enam tahun yang kini dijaga oleh kakaknya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perasmian Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2026, di sini, hari ini.
Pada Khamis lalu, seorang pegawai AKPS ditemukan maut dalam kejadian yang dipercayai melibatkan suaminya di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 8.30 malam.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







