Ibu Syafiq Kyle meninggal dunia
KUALA LUMPUR – Ibu kepada pelakon popular, Syafiq Kyle, Rohaya Sulaiman dilaporkan meninggal dunia hari ini.
Berita duka itu dikongsikan adik Syafiq yang juga pelakon, Syazwan Razak menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.
“Dengan penuh rasa dukacita dan tawakal, kami mengumumkan pemergian ke rahmatullah ibu kami yang tercinta,” tulisnya.
Bagaimanapun, punca kematian Allahyarhamah Rohaya tidak didedahkan setakat ini.
Perkhabaran itu mengundang ucapan takziah daripada rakan industri hiburan dan peminat yang turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak merupakan antara pelakon yang mencipta nama menerusi pelbagai drama dan filem tempatan.
Antara karya lakonannya yang mendapat perhatian ialah drama Nur dan filem Sheriff: Narko Integriti.
Syafiq mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Mimi Lana pada 2023 sebelum pasangan itu mengadakan majlis perkahwinan pada Ogos 2024.
Sementara itu, Syazwan turut aktif dalam bidang lakonan dan dikenali sebagai adik kepada Syafiq.
Semoga seluruh keluarga Allahyarhamah diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








