BERITA SEMASA

Industri teknologi tinggi jadi tumpuan kerajaan

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan industri berteknologi tinggi bagi menarik pelaburan berkualiti serta memastikan keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor berkenaan dapat dipenuhi.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Nasir berkata, usaha itu memerlukan pembangunan ekosistem industri yang menyeluruh, selain memperkukuh keupayaan syarikat tempatan untuk berkembang dan memenuhi keperluan pelabur.

Menurutnya, industri berteraskan teknologi tinggi menjadi antara fokus kerajaan menerusi Rancangan Malaysia serta pelaksanaan dasar yang sedang berjalan ketika ini.

“Selain membuka industri berkenaan, kita perlu melihat bagaimana untuk mengembangkan syarikat supaya mereka lebih berupaya menarik atau mendapatkan tenaga mahir bagi memenuhi keperluan pelaburan mereka,” katanya ketika ditemui media selepas perasmian Sidang Kemuncak Kecerdasan Buatan dan Semikonduktor Selangor (AISEM@2026) di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Akmal Nasrullah berkata, kerjasama antara negeri juga penting bagi memperkukuh daya saing Malaysia kerana setiap negeri mempunyai kelebihan tersendiri dalam rantaian nilai industri.

Menurutnya, Malaysia sebagai sebuah negara kecil perlu memanfaatkan kepelbagaian kekuatan yang dimiliki setiap negeri bagi membangunkan ekosistem industri yang lebih kukuh.

“Perbezaan dari segi segmen industri, kemahiran dan kepakaran boleh saling melengkapi bagi memastikan pelaburan yang dibawa masuk memberikan nilai tambah kepada ekonomi negara,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button