Suami disyaki bunuh pegawai kastam, serah diri di balai polis
NILAI – Seorang lelaki yang disyaki membunuh isterinya, seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), dipercayai menyerah diri di balai polis selepas kejadian di kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Memetik laporan Bernama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 8.30 malam.
“Pembunuhan itu dipercayai dilakukan oleh suaminya. Suspek juga menyerahkan diri di balai polis selepas kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.
Menurutnya, polis sedang menjalankan siasatan terperinci di lokasi kejadian bagi mengenal pasti motif pembunuhan serta menentukan waktu sebenar kejadian berlaku.
Suspek turut dibawa ke lokasi kejadian bagi membantu siasatan lanjut.
Alzafny berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Maklumat lanjut berhubung kes berkenaan akan dikeluarkan selepas siasatan di tempat kejadian selesai sepenuhnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







