JENAYAH & MAHKAMAH

Guru wanita maut ditetak abang kandung, dipercayai hidap masalah mental

TUARAN – Seorang guru wanita menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila ditetak oleh abang kandungnya yang dipercayai mengalami masalah mental dalam satu kejadian di Kampung Tenghilan, Tamparuli di sini semalam.

Mayat mangsa yang berusia 41 tahun itu ditemui di belakang rumah keluarganya dalam keadaan berlumuran darah akibat kecederaan parah di bahagian leher dan kepala.

Selain itu, kedua-dua matanya juga cedera teruk kerana ditikam senjata tajam.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, susulan insiden itu pihak polis telah menahan abang mangsa yang berusia 47 tahun di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Suspek dipercayai mengalami masalah mental dan pernah menjalani rawatan susulan di fasiliti kesihatan,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Menurut Noraidin lagi, siasatan masih diteruskan termasuk mengenal pasti motif kejadian.

Sementara itu, mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk proses bedah siasat.

Tambah beliau, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button