Penjawat awam wanita maut dipercayai dibunuh suami di kuarters KLIA
NILAI – Seorang penjawat awam wanita dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelompok enam, malam ini.
Memetik laporan Bernama, mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu dipercayai maut dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Johari Yahya ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan perkembangan lanjut akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Menurut laporan itu, jasad mangsa masih belum dibawa keluar dari kawasan kuarters ketika tinjauan dilakukan oleh pemberita Bernama.
Beberapa anggota polis dan pasukan forensik turut berada di lokasi kejadian, manakala orang ramai dilihat berkumpul di sekitar kawasan berkenaan.
Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih belum diperoleh setakat ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







