Kes bunuh Manisha: Dua suspek dituduh esok
SEPANG – Dua suspek disyaki terlibat dalam pembunuhan pelajar sebuah universiti swasta di Cyberjaya, hujung bulan lalu, akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini esok
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman berkata, seorang suspek lelaki akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala suspek perempuan akan dituduh mengikut Seksyen 109/302 Kanun Keseksaan kerana bersubahat.
“Dua lagi suspek dibebaskan dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Prosedur Jenayah dan dijadikan saksi pendakwaan,” kata Norhizam dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada 24 Jun lalu, penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, Maniishapriet Kaur, 20, dari Sarawak, ditemukan maut di unit kediaman kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan kira-kira pukul 10 pagi.
Susulan itu, beberapa suspek ditahan dalam tempoh 48 jam selepas kejadian dalam serbuan di Negeri Sembilan, Johor dan Melaka.
Pada 3 Julai lalu, media melaporkan tiga suspek kes pembunuhan itu disambung reman tujuh hari sehingga Khamis.
Ketiga-tiga suspek itu sebelum ini direman selama tujuh hari bermula 27 Jun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






