Tiga individu termasuk aktivis ditahan kes patung kuil dipecahkan
KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang aktivits ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes empat patung dipecahkan di sebuah kuil di Jalan Klang Lama di sini, dalam insiden pada 6 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ketiga-tiga mereka ditahan di Beranang, Selangor, Ahad lalu dan dibebaskan pada Selasa selepas direman selama tiga hari.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat patung keagamaan di kuil berkenaan dipecahkan, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. Kes disiasat mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
Katanya, kertas siasatan berhubung kes itu telah diserahkan kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.
Sebelum ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan menggesa polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu susulan penularan video yang memaparkan beberapa patung di kuil berkenaan dipecahkan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


