BERITA SEMASA

Fahmi sokong Misi Sumud diadaptasi ke siri mini televisyen

BANGI – Kementerian Komunikasi menyatakan sokongan terhadap usaha mengadaptasi Misi Sumud menerusi penerbitan siri mini televisyen bagi memperluas penyampaian mesej perjuangan Palestin kepada masyarakat.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Centre (SNCC) merangkap Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Datuk Sani Arabi dan pasukannya bagi merealisasikan penerbitan siri mini berjudul Sumud Protocol itu.

“Kerjasama ini akan memastikan naskhah Sumud Protocol dapat diterjemahkan ke dalam bentuk siri mini televisyen untuk ditayangkan selepas proses penerbitan selesai.

“Saya juga amat menyokong usaha Datuk Sani dan pasukan yang akan menerbitkan satu program, satu siri televisyen yang diberi nama Sumud Protocol.

“Kita akan bekerjasama untuk memastikan naskhah dapat diterjemahkan menjadi sebuah siri mini dan akan ditayangkan, insya-Allah, setelah ia siap dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Sumud Nusantara bersempena Sumud Global Congress 2026 di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi turut bersedia membantu usaha Sumud Nusantara dan Global Sumud Flotilla, termasuk dalam aspek komunikasi serta media sosial.

Katanya, sokongan berkenaan bertujuan memperluas jangkauan mesej perjuangan berkenaan, sekali gus meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap nasib rakyat Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button