Anwar titip doa buat Siti Zailah susulan kemalangan
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff, segera sembuh selepas cedera di dada dan perut akibat kemalangan.
Beliau turut berharap Siti Zailah tabah menghadapi dugaan itu dan segera kembali pulih bagi meneruskan khidmat kepada rakyat.
“Mendoakan Ahli Parlimen Rantau Panjang YB Siti Zailah lekas diberi kesembuhan. Berharap YB tabah dan segera dikembalikan kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Terdahulu, Siti Zailah dilaporkan terlibat dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Lingkaran Tengah Utama, Kechau Tui, Kuala Lipis, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Ismail Man berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, beliau bersama anak perempuannya berusia 26 tahun menaiki sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) sedang dalam perjalanan dari Gua Musang, Kelantan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.
Beliau kemudian dipercayai hilang kawalan sehingga kenderaan itu berpusing sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kanan.
Siti Zailah kemudian telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


