BERITA SEMASADALAM NEGERI

IPD Brickfields lupus lebih 12,000 barang kes

KUALA LUMPUR – Lebih 12,000 barang kes membabitkan pelbagai kesalahan jenayah dan komersil serta wang tunai berjumlah RM279,490 dilupuskan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, hari ini.

Kesemua barang rampasan itu membabitkan 153 kertas siasatan bagi tempoh 2016 hingga 2026 yang sudah selesai perbicaraan dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, proses pelupusan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) membabitkan 12,230 unit barang kes serta wang berjumlah RM3,481 daripada 145 kertas siasatan.

“Daripada jumlah itu, 74 kertas siasatan membabitkan barang kes am, 45 membabitkan barang kes noda/hiburan, 17 kes perjudian dan baki sembilan lagi adalah barang kes kontraban,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, proses sama turut membabitkan 166 unit barang kes daripada lapan kertas siasatan di bawah Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK) bagi tempoh 2025 hingga 2026.

“Kesemua barang kes yang dilupuskan pada hari ini sudah mendapat Perintah Pelupusan Barang Kes sepertimana di bawah peruntukan Seksyen 407(2) Kanun Prosedur Jenayah (Akta 593).

“Proses pelupusan dilaksanakan mengikut tatacara dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan setiap barang kes diuruskan dengan teratur, selamat dan berintegriti.

“Langkah ini turut mencerminkan komitmen PDRM dalam memastikan pengurusan barang kes dilaksanakan secara telus dan bertanggungjawab,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button