BERITA SEMASA

Perbincangan Tuanku Muhriz, MB Negeri Sembilan tidak boleh didedahkan – Alzafny

SEREMBAN – Pertemuan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dengan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim yang berlangsung selama lebih dua jam, hari ini merupakan perbincangan sulit.

Sehubungan itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai pertemuan berkenaan.

“Okey, perjumpaan itu adalah satu perjumpaan sulit dan saya di sini tidak akan memberikan apa-apa input kepada pihak media,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pertemuan antara Tuanku Muhriz dan Ismail, pagi tadi.

Bagaimanapun, Alzafny berkata, fokus utama pihak polis adalah memastikan keselamatan dan ketenteraman dalam negeri sentiasa terpelihara.

“Kita ini tugas dan tanggungjawab kita adalah untuk menjaga keselamatan.

“Sama ada arahan daripada Tuanku Muhriz ataupun daripada mana-mana pihak, kebimbangan utama kita adalah berkenaan dengan keselamatan dalam negeri,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button